View this post on Instagram
Modifikasi kepada makanan sihat merupakan satu perkara penting yang perlu anda buat sebagai langkah pertama untuk memulakan perjalanan diet sihat anda! Jom ikuti video ringkas dan padat ini untuk maklumat lanjut ✨
View this post on Instagram
Modifikasi kepada makanan sihat merupakan satu perkara penting yang perlu anda buat sebagai langkah pertama untuk memulakan perjalanan diet sihat anda! Jom ikuti video ringkas dan padat ini untuk maklumat lanjut ✨
Menurut Piramid Makanan Malaysia 2020, sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan yang disarankan untuk pengambilan seharian. Sayur dan buah juga kaya dengan vitamin dan mineral yang penting untuk proses metabolisme dalam badan selain memberi rasa kenyang yang lama. Namun, bagaimanakah untuk memastikan pengambilan serat adalah mencukupi sewaktu berpuasa? Adakah mungkin untuk kita penuhi sajian buah-buahan dan sayur-sayuran seperti yang disarankan?
Sebenarnya kita mampu untuk ambil serat secukupnya walaupun ketika bulan Ramadan!
Jom ikut dan amalkan 5 tips ringkas dibawah agar keperluan sayur dan buah dapat dipenuhi.
1. Masak sekurang-kurangnya satu lauk sayur ketika berbuka puasa dan sahur dan makan sekurang-kurangnya setengah cawan atau lebih.

2. Tambahkan satu cawan ulam-ulaman seperti kacang panjang dan ulam raja disamping sayur yang dimasak.

3. Sediakan sayur yang dijeruk seperti kimchi untuk menambahkan hidangan sayur ketika berbuka atau sahur

4. Makan 2 biji buah kurma ketika hendak berbuka puasa dan semasa bersahur.

5. Semasa jamuan makan selepas terawih (moreh), gantikan kuih muih dengan satu sajian buah-buahan seperti 2 biji pisang emas, satu hiris tembikai atau betik.
